Nov 29, 2010

Perkahwinan : Firdaus & Syuhada

Salam,

Majlis Perkahwinan/Persandingan antara Firdaus dan Syuhada diadakan di Restoran Seri Melayu. Lokasi Restoran ini di Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Saya hanya di ajak untuk meneman kawan saya, Jat.

Ini adalah tugasan (sebagai pembantu) pertama saya di dalam restoran yang suasananya suram. Memang sengaja suasana restoran tersebut sedemikian. Mungkin untuk menaikkan lagi suasana romantik. Hehe. Jadi,
kesimpulannya gambar yang saya ambil banyak yang hancusssss.

Pasangan Firdaus dan Syuhada amat mesra, sporting dan sangat mudah berbincang. Puas hati saya dapat bekerjasama dengan mereka. Selamat Pengantin Baru, semoga kekal ke akhir hayat saya ucapkan kepada mereka berdua.

Sedikit gambar yang hancussss untuk anda tatapi...


Nov 28, 2010

Majlis Hari Lahir Muhammad Aqil Irsyad

Kawan sepejabat saya mengadakan Majlis Kesyukuran sempena menyambut hari lahir anaknya yang ke-2, Muhammad Aqil Irsyad. Saya ingin kongsikan gambar-gambar foto-foto sekitar majlis kesyukuran tersebut. Terima kasih kepada Anum dan Zul sebab menjemput saya dan isteri ke majlis ini.

Nov 24, 2010

Salam Perkenalan

Assalamu'alaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera

Setelah hampir 2 tahun saya mencuba bidang fotografi ini, baru kini dapat saya membina blog saya sendiri yang dikenali sebagai RT PhotoStudio. Walaupun hampir 2 tahun, serba sedikit ilmu fotografi dapat saya pelajari. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu saya dalam bidang ini.

Saya berharap dapat memberi perkhidmatan kepada anda untuk merakamkan detik-detik indah anda tidak kira apa majlis atau acara sekalipun. Harapan saya anda sudi mendapatkan perkhidmatan yang saya sajikan kepada anda.

Butiran lanjut akan saya sertakan dalam catatan saya yang akan datang.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya :
E-mail : rt.photo.09@gmail.com
Telefon : 012 5841 007 / 03 8888 5615
Fadzli
RT PhotoStudio