Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Bertemu lagi setelah agak lama tidak update blog saya ni. Catatan kali ini adalah tugasan rasmi saya yang ke-4. Majlis Perkahwinan antara Nurul Ain dan pasangannya Irehan.
Majlis berlangsung di Taman Duyong Permai, Melaka. Akad nikah dilangsungkan di Masjid Duyong berhanpiran dengan Perigi Hang Tuah. Alhamdulillah, hanya dengan sekali lafaz sahaja Irehan dan Nurul Ain telah diijabkabulkan.
Pengalaman majlis perkahwinan di Melaka adalah yang pertama bagi saya. Sebelum ini saya tidak pernah tahu ada Malam Sanggul Lintang (betul kot istilah saya ni). Malam tu sahaja pengantin perempuan menggayakan lebih dari lima persalinan. Tapi, untuk catatan di blog, saya hanya sertakan beberapa gambar sahaja.
Keesokan hari, Majlis Sanding berlangsung. Pengantin mengenakan tema pakaian merah terang dan putih. Memang cantik sangat-sangat.
Setelah selasai Majlis Sanding, Makan Beradap dan acara Potong Kek, sesi fotografi outdoor pun diteruskan. Taman Seribu Bunga menjadi destinasi sesi fotografi. Sungguh tak disangka terdapat lebih dari 6 pasangan pengantin lain juga menjadikan taman ini untuk sesi fotografi outdoor.
Ini sahaja catatan saya untuk hari ini. Terima kasih kerana singgah di blog saya ini.
No comments:
Post a Comment