Dec 18, 2011

Perkahwinan : Rahimi & Ermanira

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Mungkin boleh dikatakan tugasan yang terakhir saya bagi tahun 2011. Tugasan ini adalah kesinambungan dari tugasan saya yangsebelum ini iaitu antara sepupu saya, Rahimi dan pasangannya, Ermanira.

Lokasi majlis kali ini adalah di Parit Buntar, Perak. Majlis diadakan di Dewan Ramli Ngah Talib, Taman Kerian. Suasana majlis yang amat ceria dan meriah sekali.

Sedikit foto untuk tatapan anda. Klik pada gambar untuk saiz penuh.




Dec 15, 2011

Sample Album : Jamrus & Suhaidah

Kategori Album : Custom
Jenis Album : Wrapped Image Photobook
Saiz Album : 8in x 12in

page 03-04

page 04-08

page 15-16

page 17-18

Dec 5, 2011

Perkahwinan : Rahimi & Ermanira

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Tugasan terbaru kali ini membawa saya ke Rantau, Negeri Sembilan. Perkahwinan antara sepupu saya, Rahimi dan pasangannya, Ermanira. Majlis Pernikahan berlangsung dengan lancar dan dengan sekali lafaz sahaja Rahimi telah sah menjadi suami kepada Ermanira.

Amat garang datuk bentara,
Musuh melanggar habis dibenam;
Dulu seorang kini berdua,
Hidup bersama susah senang
.

Sedikit foto untuk tatapan anda. Klik pada gambar untuk saiz penuh.




Aug 10, 2011

Sample Album : Ida & Najmi

Kategori Album : Custom
Jenis Album : Wrapped Image Photobook

page 01-02

page 05-06

page 07-08

page 11-12

Jul 9, 2011

Perkahwinan : Ida & Najmi

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Foto perkahwinan terbaru yang saya rakamkan adalah perkahwinan sepupu isteri saya yang berlangsung di Dungun, Terengganu. Saya bukanlah jurugambar rasmi bagi majlis ini. Hanya sekadar menambahkan kemahiran sahaja.

Sedikit foto untuk tatapan pengunjung blog saya.

Sila klil pada gambar untuk saiz penuh.

May 18, 2011

Ulang Tahun Perkahwinan : Fida & Razi

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Ini adalah kali pertama saya melaksanakan tugasan untuk Ulang Tahun Perkahwinan. Sebelum ini saya hanya menerima tugasan majlis perkahwinan sahaja.

Ini adalah Ulang Tahun Perkahwinan antara Fida dan Razi yang ke-3. Sesi fotografi dilakukan sekitar Putrajaya sahaja. Sedikit foto untuk tatapan anda.

Sila klil pada gambar untuk saiz penuh.


May 15, 2011

Perkahwinan : Azimah & Nizam

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bertemu kembali. Kali ini saya 'terbang' ke Kuala Kangsar pula. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dapat menghabiskan tugasan ini. Cabaran yang agak besar bagi saya untuk tugasan ini kerana khemah makan beradap pengantin berwarna kuning. Ini kali pertama saya mengalami situasi ini. Saya cuba sedaya upaya saya untuk mendapatkan foto yang terbaik.

Perkahwinan yang berlangsung antara Azimah dan Nizam. Pasangan ini amat mesra dan mudah berurusan. Selamat Pengantin Baru saya ucapkan kepada Azimah dan Nizam.

Sedikit foto-foto yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Sila klik pada gambar untuk saiz penuh.

May 2, 2011

Pertunangan : Rahimi & Ermanira

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Tugasan untuk majlis pertunangan secara tidak rasmi. Tetapi ingin saya kongsikan bersama anda semua. Majlis pertunangan ini adalah antara sepupu saya, Rahimi dengan pilihan hatinya, Ermanira. Majlis berlangsung di rumah perempuan di Rantau, Negeri Sembilan.




Mar 27, 2011

Burung

Outing di KL Bird Park pada 26 Mac 2011 bersama-sama rakan-rakan sepejabat. Outing ini saya cadangkan kepada mereka untuk supaya mereka mendapat sedikit pendedahan dalam penggunaan kamera DSLR yang masing-masing baru sahaja mereka miliki.

Saya berharap rakan-rakan saya dapat lebih memahami penggunaan kamera setelah menghabiskan hampir 4 jam di KL Bird Park ini.

Sedikit foto yang saya rakamkan semasa berada di KL Bird Park.



Mar 21, 2011

Perkahiwnan : Fadzil & Nazirah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Tugasan terbaharu saya selepas Nurul Ain dan Irehan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya masih mendapat tugasan walaupun jarang-jarang (ikut nada Udo Omar - Nujum Pak Belalang) kerana saya masih lagi belajar seni fotografi ini.

Fadzil dan Nazirah selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat, 18 Mac 2011 di Masjid Kampung Jambu, Taiping. Saya tidak dapat hadir majlis tersebut tetapi saya telah mewakilkan adik saya untuk merakamkan foto sekitar majlis pernikahan.



Jan 9, 2011

Pertunangan : Razaqi & Aida

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bersua kembali. Catatan saya pada kali ini merupakan tugasan pertama saya bagi Majlis Pertunangan. Rasanya tugasan ini bukanlah rasmi tetapi boleh dikategorikan sebagai separuh rasmi. Saya menyatakan demikian kerana majlis ini adalah majlis pertunangan adik ipar saya. Kebetulan saya turut sama hadir pada majlis tersebut, terus saya mengambil gambar kenangan untuk majlis tersebut.