Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Tugasan terbaharu saya selepas Nurul Ain dan Irehan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya masih mendapat tugasan walaupun jarang-jarang (ikut nada Udo Omar - Nujum Pak Belalang) kerana saya masih lagi belajar seni fotografi ini.
Fadzil dan Nazirah selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat, 18 Mac 2011 di Masjid Kampung Jambu, Taiping. Saya tidak dapat hadir majlis tersebut tetapi saya telah mewakilkan adik saya untuk merakamkan foto sekitar majlis pernikahan.
Majlis kedua-dua pihak agak ringkas. Jadi tidak banyak yang dapat saya rakamkan. Dengan bantuan adik saya selaku pembantu saya pada majlis perkahwinan ini, rasanya saya dapat memuaskan hati Fadzil dan Nazirah di atas servis yang saya berikan.
No comments:
Post a Comment