Mar 27, 2011

Burung

Outing di KL Bird Park pada 26 Mac 2011 bersama-sama rakan-rakan sepejabat. Outing ini saya cadangkan kepada mereka untuk supaya mereka mendapat sedikit pendedahan dalam penggunaan kamera DSLR yang masing-masing baru sahaja mereka miliki.

Saya berharap rakan-rakan saya dapat lebih memahami penggunaan kamera setelah menghabiskan hampir 4 jam di KL Bird Park ini.

Sedikit foto yang saya rakamkan semasa berada di KL Bird Park.



Mar 21, 2011

Perkahiwnan : Fadzil & Nazirah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Tugasan terbaharu saya selepas Nurul Ain dan Irehan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya masih mendapat tugasan walaupun jarang-jarang (ikut nada Udo Omar - Nujum Pak Belalang) kerana saya masih lagi belajar seni fotografi ini.

Fadzil dan Nazirah selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat, 18 Mac 2011 di Masjid Kampung Jambu, Taiping. Saya tidak dapat hadir majlis tersebut tetapi saya telah mewakilkan adik saya untuk merakamkan foto sekitar majlis pernikahan.